Monday, November 16, 2009

Satu Malaysia


CINA PERANAKAN KELANTAN SATU PENGENALAN

(KELANTAN PERANAKAN CHINESE)
Oleh: LAW AWANG, PPN
Satu Pengenalan
Negeri Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga atau Negeri Cik Siti Wan Kembang adalah sebuah negeri di Pantai TImur Semenanjung yang unik. Di samping menjadi lubuk kesenian, ia juga kaya dengan khazanah budaya. Keadaan ini wujud, tidak lain tidak bukan kerana kemajmukan warga negerinya yang terdiri daripada kaum Melayu sebagai kaum majoriti, diikuti pula dengan kaum Cina, Kaum Thai, Kaum India dan kaum kaum lain. Kemajmukan warganya telah mernanifestasikan satu keseluruhan cara hidup dan gaya penghidupan yang mengkagumkan. Keunikan ini ditambah pula dengan kewujudan satu kaum Cina yang diistilahkan sebagai Peranakan dan sebelurn diperdalami perbincangan tentang Cina Peranakan ini, satu kupasan ringkas tentang Sejarah awal Orang-orang Cina di Kelantan akan diketengahkan terlebih dahulu.

Sejarah Awal Orang-orang Cina di Kelantan
Rekod bertulis tentang kedatangan orang-orang Cina ke Kelantan tidak diperolehi. Walau bagaimanapun terdapat beberapa penulis seperti Paul Wheatley, Saad Shukri Hj. Muda, Abdullah Munshi dan Rahmat Saripan (Sekadar menyebut beberapa nama) yang telah menulis tentang sejarah Kelantan dan boleh dijadikan bahan rujukan. Menurut Saad Shukri Hj. Muda, "Pada awal abad ke-5 (kira-kira 500M) telah wujud Kerajaan Sri Wijaya yang Pertama di Kelantan yang banyak mengeluarkan emas dan beribukotakan Kuala Krai (Kilu Kirai) Kerajaan Sri Wijaya dikenali sebagai 'San Fo Tsi' oleh orang-orang Tionghua, khususnya para pedagang, kerana urusan perdagangan di antara Tiongkok (Negeri China) dan San Fo Tsi telah pun wujud. Kilu Kirai atau Kuala Krai kini terletak di uIu Sungai Kelantan. Melalui sumber-sumber tertentu emas dipercayai banyak terdapat disini sehingga Sungai Galas di bahagian paling ulu Sungai Kelantan. Oleh itu tidak hairanlah kalau kampong Pulai (di Gua Musang) menjadi penempatan orang-orang Cina yang pertama di Kelantan. Sebagai kesimpulan nyata sekali bahawa pedagang-pedagang Tiongkok yang berurus dagang dengan kerajaan Sri Wijaya adalah melalui Sungai Kelantan. Ini terbukti mengapa kebanyakan penempatan orang-orang Cina, khususnya Peranakan (yang mungkin merupakan serpihan daripada pedagang-pedagang Tiongkok) berada di sepanjang sungai Kelantan seperti di Sungai Pinang, Tendong, Kasar dan Panji (Sekadar menyebut beberapa kampung) dan untuk rujukan sila lihat peta berkembar. Di dalam. sejarah ringkas ini matlamat utama kami ialah ingin membuktikan bahawa orang-orang Cina telah pun berada di bumi Kelantan ini semenjak 500M lagi sehinggalah dua kelompok atau kategori Cina iaitu Cina kampung (Peranakan) dan Cina Bandar. Istilah- istilah ini diwujudkan oleh warga negeri Kelantan khususnya orang-orang Melayu, Thai (Siam).

Cina Peranakan Kelantan - Siapa dia?
Cina Peranakan Kelantan (seterusnya Peranakan sahaja) adalah 'Cina yang bukan Cina, Siam pun bukan, Melayu sarna sekali tidak kata orang-orang Melayu dan Thai di Kelantan. Adalah tidak keterlaluan kalau dikatakan memang terdapat realiti dalam kenyataan di atas kerana kalau saudara-saudari ke kampung-kampung Peranakan, saudara-saudari akan mengalami kesulitan dan menghadapi masalah untuk menentukan yang mana Melayu, Thai dan Peranakan kerana mereka tidak memperlihatkan perbezaan perbezaan yang ketara, khususnya dalam aspek rupa paras dan warna kulit. Satu pertanyaan, saya ajukan iaitu mengapa tidak terdapat perbezaan-perbezaan ini di antara mereka? Faktor utama kerana wujudnya proses asimilasi di kalangan mereka. Peranakan. Kelantan dipengaruhi oleh budaya Melayu dan Thai berbanding dengan budaya Tionghua. Ini adalah kerana sejak turun-temurun komuniti Peranakan dikelilingi oleh masyarakat Melayu khususnya dan Thai amnya. Ini memungkinkan pergaulan secara peribadi dan bersemuka. Unsur-unsur kebudayaan Melayu boleh dilihat pada pakaian, bahasa, makanan, pendidikan, hiburan, corak kepimpinan, organisasi sosial dan ekonomi mereka (berbanding dengan orang-orang Tionghua di Bandar) khususnya komuniti Cina di kampong Pulai Gua Musang, kerana, kurang asimilasi dengan kaum-kaum lain sehinggakan ada sesetengahnya tidak pandai berbahasa Melayu (Malaysia). Untuk lebih jelas lagi saya cuba memperincikan corak hidup kaum peranakan ini.

Makan dan Makanan
Peranakan makan menggunakan tangan, maksud saya tanpa menggunakan sudu atau penyepit. Lauk-Iauk adalah seperti orang Melayu. Ada budu, ada ularn seperti jering atau petai. Jarang-jarang ada sup. Kedapatan keluarga yang tidak makan daging babi, kerana menghormati orang Melayu, ini kerana kadang kala ada orang Melayu yang rnakan bersama mereka.

Komunikasi
Mereka bertutur dalam loghat Melayu Kelantan di antara satu sama lain, walaupun dengan ibu bapa sarna ada di majlis keramaian atau pun perbualan harian biasa. Keadaan ini sebenarnya satu sebatian kerana sudah biasa bergaul dengan orang-orang Melayu maka ia menjadi satu penghormatan atau pun satu adat. Kalau pun ada yang bertutur dalam bahasa ibunda (kebanyakannya Hokien) itu pun sudah bercampur gaul dengan perkataan Melayu dan Thai, tertakluk kepada kawasan perkampungan di mana bermastautinnya Peranakan itu.

Pendidikan
Kebanyakan komuniti Peranakan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan, iaitu sekolah Melayu. Kalau ada pun yang bersekolah Cina dan Inggeris bilangan mereka boleh dibilang dengan jari (tetapi kini agak berubah kerana kesedaran ibu bapa mungkin) Pemilihan untuk dididik di sekolah Melayu mungkin bersesuaian dengan keadaan pada ketika itu

Nama dan Panggilan
Pada keseluruhannya nama komuniti Peranakan ini secara langsung dipengaruhi oleh orang-orang Melayu dan Thai. Cuma 'Sir Name' tidak digugurkan. Sebagai contoh Law Awang, Gan Awang. Awang sudah pasti nama Melayu. Begitu juga dengan Chan Eh Gi, Tiew Eh Eh itu adalah sinambungan nama orang Thai. Apa yang unik lagi kalau Si Peranakan itu bernama Cheng San, maka orang Melayu akan memanggilnya Che Hassan dan banyak lagi contoh-contoh seumpama itu

Agama
Boleh dikatakan hampir kesemua Peranakan beragama Buddha dan memuja kaltus Roh (Ang Kong Su). Perayaan kaltus Roh dijadikan satu ikatan sosial untuk mengeratkan siratulrahim di antara komuniti Peranakan.

Institusi Gotong Royong
Peranakan akan bersama-sama dengan orang-orang Melayu dalam membina wakaf, mengusung rumah (sekiranya rumah itu ingin dipindahkan) atau pun dalam pertanian serta ketika kenduri-kendara. Gotong royong juga akan diadakan sekiranya ada mala petaka atau pun keadaan yang memerlukan tenaga ramai.

Hiburan
Peranakan Cina Kelantan gemar menonton teater tradisional iaitu Mak Yong, Menora, Wayang Kulit serta bermain gasing, rebana dan kertuk. Bukan sahaja mereka menonton, malah ada yang melibatkan diri dalam permainan itu seperti berserunai atau pun menjadi dalang Wayang Kulit. Apa yang ketara ialah ketika diadakan pemujaan Roh Kaltus (Ang Kong Su) tidak boleh tidak Menora atau pun Mak Yong atau Wayang Kulit mesti dimainkan. Tanpa diikut serta dengan permainan sub\nosupersub, dipercayai pemujaan itu tidak lengkap. Ini selari dengan orang-orang Melayu dan Thai yang juga mengadakan permainan ini sebagai membayar nazar ataupun melepas niat.

Pekerjaan dan pemilikan tanah dan tempat kediaman
Kaum Komuniti Peranakan rata-ratanya petani (pekebun dan pesawah) dan ada juga yang bekerja sebagai buruh binaan. Ada juga yang makan gaji sama ada dengan kerajaan atau pun swasta tetapi bilangannya kecil sahaja. Kaum Peranakan ini memiliki tanah sendiri sebagai tapak rumah dan juga sebagai kebun atau sawah untuk diusahakan, kebanyakan komuniti Cina di bandar tidak memiliki tanah kerana undang-undang tanah Kelantan tidak membolehkan Cina yang bukan anak tulen Kelantan atau pun sekurang kurangnya generasi ke-3 sebelah bapa, barulah layak dipertimbangkan.

Rumah-rumah komuniti Peranakan
Seakan-akan sama dengan rumah orang-orang Melayu dan Thai, kalau ada perbezaan pun adalah pada bumbungnya (bumbung rumah Peranakan lentik sedikit) atau tulisan Cina (Lian) di pintu-pintunya. Saya berpendapat saudara-saudari telah mendapat sedikit gambaran,. sebenarnya kaum Cina Peranakan Kelantan ini. Untuk lebih mendekatinya, kami diberi beberapa panggilan atau pun istilah oleh golongan-golongan tertentu di Kelantan. Cina Peranakan Kelantan dan Gelaran-gelaran Istilah Peranakan yang diberikan kepada kami agak baru (mungkin selepas Dr. Tan Chee Beng menjalankan penyelidikan) kerana terdahulu daripada itu kami komuniti Peranakan diberikan pelbagai jolokan atau pun gelaran. Gelaran oleh Kaum Tionghua (Cina Bandar) Kaum Cina yang menganggap diri mereka daripada keturunan Cina yang lebih tulen dan bermastautin di bandar mengistilahkan kami sebagai Poa Teng (half Chinese half Malay) Poa Teng Siam (half Chinese half Siam) Rokkien Siam Istilah-istilah atau panggilan ini masih mereka gunakan sehingga kini.

Gelaran oleh Orang-orang Melayu Kelantan
Orang-orang Melayu Kelantan, khususnya di kampung mengistilahkan sebagai Cina Kampung \ Cina Kelantan. Orang Cina Kita (Our Chinese) tetapi kepada Cina Bandar, orang-orang Melayu mengistilahkan mereka sebagai: Cina Benua (Tiongkok Chinese) Cina Bandar (Town Chinese) Cina Sekek (Sin Khek) Tok Pek (A pure Chinese but rather rude) Gelaran oleh Orang-orang Thai.orang-orang Thai Kelantan mengistilahkan kami sebagai: Cina Kampung (Ciin Barn) Cina Darat (Ciin Bok-rural Chinese) Cina Kita (Ciin row - our Chinese) Cina Kelantan (Ciin Kelantan)
          Disebaliknya orang-orang Thai mengistilahkan orang-orang Tionghua di Bandar Sebagai Cina Benua (Tiongkok Cftinese) Cina Luar (Ciin Nork/ Ciin Meang) Cina Apek (Ciin Apek-Chinese from China) Istilah-istilah ini masih lagi digunakan sebagai tanda pengenalan dan membezakan di antara kami Peranakan dengan Cina di Bandar. Jadi satu persoalan besar bagi kami ialah mencari satu identiti kerana kami rasa agak terasing - untuk diterima ke dalam komuniti Melayu, jauh panggang dari api untuk diserapkan ke dalam golongan Thai - kami masih sayangkan 'Sir Na’ untuk kembali ke pangkuan Tionghua- mereka tidak menerima kami. Jadi demi maruah dan generasi kami, kami memerlukan satu identiti iaitu kami adalah daripada golongan Cina Peranakan Kelantan.

Perkampungan Cina Perankan di Kelantan
Komuniti Peranakan Cina Kelantan kini memenuhi semua ruang di bumi Cik Siti Wan Kembang. Bermula di Sungai Pinang (Tumpat) sehinggalah di Gua Musang dan di sepanjang Sungai Kelantan, Cina Peranakan Kelantan akan terus hidup dengan budayanya sendiri, dengan identitinya sendiri hinggalah ke satu titik noktah di mana. manusia sudah tiada lagi reruang dibumi ini untuk bergerak.


Kembali ke Slowmachang